Aku agak baru dalam dunia blog ni. Aku cuma tau orang ber blog sebab nak luahkan perasaan atau nak share cerita tentang diri dan sesiapa saje yg orang rase ohsem kan. So aku cuba untuk ohsem kan diri kat blog ni untuk pembuka bicara.
Ok nama aku Hilda..paggil saja Hilda, Hill, H or something yang u all suka. Umur aku dah nak cecah 30 tahun. Tapi aku rasa aku muda lagi. KOt la muda.. Aku anak kedua dari empat beradik. Meh sini aku share info tentang anak kedua.
Anak kedua ni..
Anak Mak - sebab apa-apa pun mesti utamakan mak dulu. (memang aku la ni)
Degil - degil, keras kepala, salu rasa dia je betul, susah nak pujuk. (sangat setuju)
Tak pandai pujuk - jenis tak pandai pujuk. (cian gelfrend dan boyfrend dia kan)
Setia - sangat setia pada pasangan. Sanggup berkorban apa saja. (ehemm..mmg aku)
Berdikari - sangat la independent dan mudah bergaul. (memang aku)
Hati - dari segi hati ni, anak kedua jenis yg nampak keras, tapi hati lembut sangat. (yg ni musykil)
Pemaaf dan Caring - seorang yang pemaaf dan caring dengan sesiapa sahaja. Lagi-lagi dengan tersayang.
Pakaian - sentiasa nak nampak kemas dan up to date.
Semua di atas adalah serba sedikit info tentang anak kedua. Memang kajian-kajian macam ni memainkan peranan kepada kita untuk kenal serba sedikit tetang diri sendiri kan. Jangan percaya sangat tapi boleh dijadikan rujukan kan.
Aku anak ke berapa sekali pun, aku bangga jadi anak mak dan abah aku. Sebab mereka la aku wujud kat dunia ni. Sebab mereka juga la aku berjaya hidup berdikari. Sebab mereka juga lah aku berjaya membawa diri ke arah yang betul. Mak aku penah pesan.."angah, kalau nak buat apa-apa benda sekalipun, ingat Allah dan ingatla mak abah." So, memang setiap perkara yang aku nak buat..memang automatik aku ingat pesanan khidmat masyarakat mak aku tu. Lagi-lagi bila nak buat kerja jahat kan..memang aku ingat la. Takot kena panahan petir beb.
Orang lain juga akan menilai kita ni. Bila orang nak tau siapa dan macam mana mak abah kita, orang akan tengok anak dulu. So anak mencerminkan keperibadian ibu bapa tu. Kalau teruk mesti la orang lain cakap mak bapak x ajar kan.. Kalau elok je..kompem sejuk je hati kite kan.
Apa-apa pun.cermin diri kita sebelum kita betulkan orang. Doa yang terbaik, fikir benda baik, dan lakukan benda baik selagi kita diberi nikmat hidup di dunia ni.
Semua pesanan tu aku ingat sampai sekarang.. Sayang mak abah sangat-sangat.